Part 1Viral Tawau Tahyul Tapi.


Admin Tidak tau mau post apa pasal motorsport  jadi buat satu  Label post "Viral Tawau" untuk kita berkongsi apa yang viral di daerah Tawau. Kisah pertama Tahyul Tapi Betul admin ambil dari Facebook Lea Aleeya Tawau estrella 15hbOgos 1028.

TAHYUL TAPI BETUL (Part 1) Di ambil dari 
Kau takkan percaya sehingga benda ni betul2 jadi depan mata. Jangan percaya. Baca jak.
Kejadian dua tahun lepas. Masa benda ni ditemui, aku dan suami berada di KK sebab join IMKK.
Ogos 2016
Sblm ke KK aku berdiri depan cashier machine. Terasa macam ada something la d belakang. Cuba jeling ke kiri tanpa gerakkan kepala. Dari ekor mata boleh nampak ada 'orang' berdiri dekat sinki. Dalam hati..."mungkin pekerja cuci piring". Sekali toleh...tak da pulak! Aahhh...perasaanku jak!
Selang beberapa hari aku berdiri lagi di tempat yang sama. Rasa ada something jugak. Bila jeling nmpk "benda hitam". Bila toleh benda tu hilang! Allahuakhbar! Mula rasa tak sedap hati. Bila tanya suami ada apa2 jadi ka beberapa hari ni di cafe?
Suami cakap dia hairan kenapa sunyi semacam. Customer lalu lalang langsung x pandang kedai. Klau ada yang 'termasuk' pun pasti akan tanya "KAMU BARU BUKA KA BANG?"
Astaghfirullahalazim...sudah 3 tahun kami buka kedai dik!
Bila rasa ada sesuatu yg tak kena cepat2 ikhtiar. Kami pun minta pertolongan Ustaz Umar Sinar Assyifa untuk datang tengok2 kan kedai.
Malam tu....ustaz datang dengan 2 org pembantu. Memang betul ada JIN katanya. Dihalau tak mau keluar! Lepas dipaksa baru mau keluar.
Alhamdulillah....boleh la kami ke KK dengan senang hati. Tapi terdetik dalam hati....betul ka jugak ada tu? Atau saja jak ustaz cakap ada supaya kasi puas hati kan?
Mmg susah percaya benda yang kita anggap karut bila kita tak nampak. SEEING IS BELIEVING man!
Masa di KK....
Tengah seronok join program IMKK DAO masa tu. Memang jarang pegang HP sebab fokus. Masa rehat baru pegang HP. Bila buka wassap...dpt msj dari bff...
"Rang...cafe tutup ka? Tadi si ××× datang mau ambil kek tapi dia bilang tutup"
"Buka bah rang...jam 11 lebih sdh ni. Mustahil drg belum buka. Mungkin dia salah kedai sbb kedai sebelah mmg tutup tu"
"Betul rang...dia tau ba cafe kitak...dia sudah pernah pegi"
Lebih kurang begini la chat kami dlm group bff. Cepat2 screen shot & forward dengan ustaz tp ustaz pun mcm saya. Anggap org tu salah kedai.
3.19pm....
Salam
Kak saya pegi kedau kakak tp tutup
Saya may oder kek utk wedding selasa depan
😳 Again???? Dua kejadian dalam hari yang sama. Screenshot lg bagi ustaz baca sendiri sebab ini bukan lagi kebetulan atau salah kedai.
Dan....ini lah (rujuk gambar) benda yang ustaz jumpa semasa beliau buat 'spot check' di kedai. Kain kuning yang ditulis dengan jampi serapah dan dibungkus macam mayat. Di dalam ada tulang...etc...niat org tu nak 'lingkupkan' kan kami.
ALHAMDULILLAH....ALLAH LEBIH BERKUASA! Dan dengan izinnya...aku diberi kesempatan untuk lihat orang tu LINGKUP DULU.
Penat dah aku taip...klau mau tau cerita OGOS 2018. SHARE dulu posting ni semoga jadi pengajaran dan klau pelakunya sedang baca...

0 comments: